Mulanya Sebuah Sekolah
Ceritanya bermula sebelum tahun 1997…
Sebuah sekolah dgn nama SK Tampasak Babagon telah ditutup disebabkan pembinaan Empangan Babagon. Semua murid serta peralatan sekolah dipindahkan ke SK Babagon, sementara semua guru dan keraninya ditempatkan di beberapa buah sekolah yang berdekatan.
..dan pada awal tahun 1997..
Dua buah banggunan sekolah telah siap dibina di lereng bukit Kg. Togudon. Sekolah ini diberi nama SK Tampasak Togudon sebagai pengganti SK Tampasak Babagon yang telah ditutup. Proses penghantaran meja, bangku dan almari telah dibuat pada tahun itu juga. Sebelum sekolah ini mula beroperasi, sekolah ini digunakan oleh Tadika Komuniti Kg. Togudon dibawah penyelarasan PACOS (Rakan Membangun Masyarakat).
Pada 2 Julai 1997.
Akhirnya, sekolah ini dibuka dengan pendaftaran murid dari tahun 1, 2 dan 3. PPD Penampang telah mengarahkan En. Lazarus B. Asong untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar pertama di SK Tampasak Togudon. Beliau sebelum ini berkhidmat di SRK ST Joseph, Penampang. Beliau menerajui sekolah secara bersendirian sehinggalah pada 16 Ogos 1997 dimana 3 orang guru pelatih lepasan Maktab Perguruan Kent, Tuaran dihantar ke sekolah ini. Pada masa itu, murid yang didaftarkan adalah seramai 38 orang.
Pada hari ini, sekolah ini menampung lebih daripada 80 orang murid (termasuk murid pra). Sekolah ini juga lebih dikenali dengan nama SK Togudon, Penampang

No comments:
Post a Comment